Melalui unit keusahawanan pelajar, penekanan elemen keusahawanan iaitu Enculture (Pembudayaan), Empower (Pemantapan) dan Equip (Pengukuhan) perlu diterapkan bagi menyelaraskan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) From Job Seeker to Job Creator. Berikut adalah fungsi Unit Keusahawanan :
i) Merancang serta melaksana program-program latihan keusahawanan secara berstruktur.
ii) Melaksanakan program berkaitan hubungan rangkaian keusahawanan perkongsian bistari dengan IPT, agensi-agensi keusahawanan serta persatuan usahawan tempatan.
iii) Mengatur program-program yang terancang bagi memantapkan pembudayaan keusahawanan serta pengukuhan keusahawanan di kalangan para pelajar.